Persatuan Pancaragam Malaysia sedang dalam proses pendaftaran. Jawatan Kuasa Penaja telah mengadakan beberapa seri mesyuarat dan perbincangan untuk merealisasikan penubuhan Persatuan pancaragam Malaysia.

Agenda utama sudah tentunya mengusahakan pendaftaran persatuan. Untuk tujuan ini, pihak jawatan kuasa penaja telah menggubal perlembagaan persatuan untuk dihantar bersama borang permohonan pendaftaran kepada pihak Pendaftar Persatuan.

Usaha menubuhkan persatuan ini didokong oleh beberapa individu khasnya dari Johor Corporation, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Yamaha Music Malaysia. Presiden Jawatan Kuasa Penaja ialah Tan Sri Ali, Pengerusi Johor Corporation. Timbalan Presiden ialah Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pelancaran persatuan akan diadakan sempena Pertandingan Wind Orchestra Antara IPT di Johor Bahru pada 2 hingga Disember, 2008. Pertandingan ini merupakan aktiviti sulung persatuan ini.

Dengan adanya persatuan ini diharapkan kegiatan pancaragam di Malaysia akan menyemarakkan lagi kegiatan pancaragam tanahair.