Pada hari ahad minggu lepas saya dijemput sebagai salah seorang hakim untuk  Pertandingan Pancaragam Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Stadium Perbadanan, Pasir Gudang Johor Bharu.  Ketua Hakim ialah Dato’ Mokhzani, Pengarah Muzik RTM. Rakan lama En. Zainal, dari Jabatan Pelajaran Selangor turut dijemput menjadi Hakim selain daripada 3 orang hakim dari Indonesia dan beberapa orang lagi hakim tempatan.

Pasukan pancaragam SMK Sultanah Asma  muncul sebagai Johan mengalahkan 10 buah pasukan lain dan membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil, pingat dan trofi. Ucapan tahniah saya kepada kepada Hj. Abdul Samad (bekas pelajar UPSI) sebagai pengurus pasukan dan En. Thang sebagai jurulatih pancaragam SMK Sultanah Asma. Pada pandangan saya kualiti persembahan pancaragam SMK Sultanah Asma amat membanggakan dan setanding dengan tahap pancaragam sekolah yang berjaya di luar negara.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ) Sam Tet, Perak yang membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil, pingat dan trofi.  (Dato’ Mokhzani dan saya turut menjadi hakim semasa pertandingan akhir pancaragam sekolah negeri perak tahun ini)

Tempat ketiga dimenangi oleh SMJK Chung Hwa Wei Shin, Terengganu dengan wang tunai RM2,000.

Lain-lain sekolah yang turut bertanding adalah SMJK Kwang Hua, Selangor, SMK St. John, Kuala Lumpur, SMJK Chung Hwa, Kelantan, SMJK Jit Sin, Pulau Pinang, SMK Derma, Perlis, Methodist Girl School, Pahang dan SMK St. Joseph, Sarawak.

Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya. Tahniah kepada Jabatan Pelajaran Johor sebagai tuan rumah dan Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sekali lagi berjaya menganjurkan pertandingan tahunan ini.



10 Comments so far

  1.    dayang on August 30, 2009 2:20 am      

    i’m one of smk derma band’s member wanna say congrat to sasband..

  2.    Harris Jalil on October 22, 2009 12:44 am      

    Pancaragam di malaysia seharusnya ada section Pit Percussion… :-(
    diharap tahun depan akan ada la judge yang akan mengusulkan perkara ini serta saya harap sangat la… dibuat…

    a) Anugerah Visual Terbaik (formasi/drill)
    b) horline section terbaik
    c) woodwind therbaik

    p/s: bagi pendapat saya, tak perlu lah dibuat anugerah anugeah yang remeh temeh seperti Anugerah Uniform Terbaik kerana itu sangat tidak sesuai dengan misi pancaragam…

  3.    KGB2020 on December 15, 2009 6:19 pm      

    Haris Jalil buat cadangan bagus.
    hanya perlu tambahan untuk menganjakkan tahap kesenian marching band di Malaysia ,

    Anugerah Pasukan

    a)Visual terbaik(formasi/Drill/theme/pakaian)

    b)Music terbaik (Brass/Woodwind/drum/bagpipe/pit Percussion)

    c)Colour Guard terbaik [Flags/props(Rifel/ saber/maze/blade/etc)]

    Anugerah Individu

    a)Conductor terbaik
    b)Drum Major terbaik
    c)Soloist terbaik

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind