Di bawah ini adalah artikel yang saya perolehi secara online tentang 6 ciri guru yang berjaya. Pada pandangan saya, ciri-ciri yang sama perlu ada pada seorang guru pancaragam yang berkesan. Sangat baik sebagai panduan dan renungan semua pendidik bagi meningkatkan profesionalisme.

Adakah anda mempunyai ke enam-enam ciri ini?

The most successful teachers share some common characteristics. Here are the top six keys to being a successful teacher. Every teacher can benefit from focusing on these important qualities. Success in teaching, as in most areas of life, depends almost entirely on your attitude and your approach.

1. Sense of Humor
A sense of humor can help you become a successful teacher. Your sense of humor can relieve tense classroom situations before they become disruptions. A sense of humor will also make class more enjoyable for your students and possibly make students look forward to attending and paying attention. Most importantly, a sense of humor will allow you to see the joy in life and make you a happier person as you progress through this sometimes stressful career.

2. A Positive Attitutude
A positive attitude is a great asset in life. You will be thrown many curve balls in life and especially in the teaching profession. A positive attitude will help you cope with these in the best way. For example, you may find out the first day of school that you are teaching Algebra 2 instead of Algebra 1. This would not be an ideal situation, but a teacher with the right attitude would try to focus on getting through the first day without negatively impacting the students.

3. High Expectations
An effective teacher must have high expectations. You should strive to raise the bar for your students. If you expect less effort you will receive less effort. You should work on an attitude that says that you know students can achieve to your level of expectations, thereby giving them a sense of confidence too. This is not to say that you should create unrealistic expectations. However, your expectations will be one of the key factors in helping students learn and achieve.

4. Consistency
In order to create a positive learning environment your students should know what to expect from you each day. You need to be consistent. This will create a safe learning environment for the students and they will be more likely to succeed. It is amazing that students can adapt to teachers throughout the day that range from strict to easy. However, they will dislike an environment in which the rules are constantly changing.

5. Fairness
Many people confuse fairness and consistency. A consistent teacher is the same person from day to day. A fair teacher treats students equally in the same situation. For example, students complain of unfairness when teachers treat one gender or group of students differently. It would be terribly unfair to go easier on the football players in a class than on the cheerleaders. Students pick up on this so quickly, so be careful of being labelled unfair.

6. Flexibility
One of the tenets of teaching should be that everything is in a constant state of change. Interruptions and disruptions are the norm and very few days are ‘typical’. Therefore, a flexible attitude is important not only for your stress level but also for your students who expect you to be in charge and take control of any situation.

(Artikel ini boleh diperolehi dari alamat berikut:http://712educators.about.com/od/teachingstrategies/tp/sixkeys.htm)

Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon



21 Comments so far

  1.    amranaris67 on January 24, 2009 4:54 pm      

    Salam… kepada semua surfer, blogger, dan pembaca setia di blog pancaragam. Sebenarnya komen ini bukanlah berkaitan sangat dengan artikel di atas cuma sekadar berkongsi ilmu dan pandangan… Sebenarnya saya baru sahaja berjumpa dengan Prof.Zaharul… seperti biasa jika ada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran saya akan ketemu beliau selain Supervisor saya, Dr.Hassan dan Dr. Suhaimi… Perbincangan kami kali ini banyak berkisar tentang motivasi… Prof. Zaharul sangat menitik beratkan tentang daya tahan, bersikap positif dan sikap tidak mudah putus asa…. Untuk pengetahuan pembaca, malam tadi saya ada membuat sedikit bacaan di Internet berkaitan dengan artikel “The Secret” tulisan Zakaria Sungib.. iaitu komen beliau mengenai dokumentari tersebut.Apa yang menariknya, terdapat banyak persamaan input yang saya dapati melalui Prof. Zaharul melalui perbincangan hari ini dan sebelumnya. Dengan izin saya lampirkan artikel tersebut untuk pembacaan pembaca setia blog pancaragam..

    “Saya belum sempat memiliki dan membaca buku Law of Attraction tulisan Michael J.Losier dan terbaru, Money and the Law of Attraction: Learning to Attract Health, Wealth & Happiness oleh Esther and Jerry Hicks. Blurp pada kulit buku Michael J.Losier mendefinisikan Law of Attraciton sebagai The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don’t.

    Bagaimanapun, minggu lalu seorang rakan meminjamkan DVD The Secret yang memberi penjelasan tentang ‘sains’ tersebut. Video 89 minit yang diterbitkan pada 2006 ini dikatakan menjadi rujukan di seluruh dunia bagi mereka yang mahu mengubah nasib ke arah masa depan yang lebih meyakinkan. Penerbitan video ini disusuli dengan terbitnya buku di bawah judul yang sama pada 2007. Rhonda Byrne iaitu Penerbit Eksekutif video The Secret itu sendiri yang menulisnya. Kedua-dua DVD dan buku beliau mengandungi isi yang sama. Masing-masng terjual jutaan naskhah dalam masa singkat.

    Video dan buku The Secret memuatkan pandangan beberapa ahli falsafah, ahli perniagaan, paderi dan penulis seperti Bob Proctor (You Were Born Rich), Jack Canfield (Chicken Soup For The Souls), Dr. John Gray (Men Are from Mars, Women Are from Venus), Mike Dooley (Notes From The Universe) dan Rev. Dr. Michael Bernard Beckwith (Spiritual Liberation). Mereka dan orang-orang biasa lain yang dipaparkan di dalam video itu dianggap sebagai bukti bergerak (living proof) kepada apa yang diwarwarkan sebagai kejayaan mengubah kehidupan dengan mengaplikasi ‘sains’ tersebut. Ada yang berjaya sembuh daripada penyakit kronik, ada yang menjadi kaya-raya, ada yang berjaya mengatasi halangan dalam hidup dan mencapai apa yang dianggap mustahil sebelumnya.

    Secara mudah, rahsia itu terletak pada cara berfikir seseorang dan yakinnya dia kepada apa yang difikirkannya itu. Mengikut Law of Attraction (istilah yang mula dipopularkan oleh surat khabar New York Times pada 1879), seluruh energi di alam semesta akan menyokong kepada berlakunya apa yang difikirkan dan diyakini oleh seseorang. Apabila dia berfikir yang positif, itulah yang akan berlaku. Apabila sebaliknya maka sebaliknya yang akan berlaku.

    Dalam bukunya Spiritual Liberation, Dr. Michael Bernard Beckwith mengungkapkan, “If you can begin with a feeling that you’re all right already, you begin from wholeness and move from glory to greater glory. That’s spiritual liberation.”

    Dalam video dan buku The Secret dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kaser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan kansernya pulih – tanpa menjalani radioterapi dan kimoterapi.

    Dalam video dan buku itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (meyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan meyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.

    Saya sangat terkesan dengan video tersebut. Baru-baru ini anak kedua saya Raihanah memperolehi keputusan semester pertama di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Untuk kertas Kimia, dia mendapat gred A sedangkan sebelum ini dia kurang berminat dengan Kimia dan hanya mendapat D6 dalam SPM. Dia menceritakan kepada saya dan ibunya bagaimana dia mengatasi kelemahannya dalam Kimia.

    Katanya, dia menulis “Saya suka Kimia” di dalam buku kerja Kimia dan di beberapa tempat lain. Dia membayangkan dirinya kini suka kepada subjek itu. Kebetulan guru Kimianya di pusat matrikulasi terbaca ayat itu pada bukunya dan berkata, “Wah, bagusnya awak. Bangganya saya.” Sejak itu Kimia tidak lagi menjadi masalah kepadanya.

    Jika mengikut teori Law of Attraction, seluruh energi di alam semesta telah menyokong ke arah berlakunya sangkaan anak saya bahawa dia menyukai Kimia. Lalu, apa yang difikirkannya itu betul-betul berlaku. Dia akhirnya suka kepada Kimia. Minat dan tumpuan pada sesuatu menjadikan ia mudah dikuasai. Gred Kimia yang diperolehinya membantu menyumbang kepada CGPA 4.0 dalam peperiksaan semester pertamanya.

    Saya sangat terkesan dengan dapatan dari video The Secret kerana apa yang dianggap ‘rahsia’ itu sebenarnya sudah diberitahu lama dulu oleh Rasulullah SAW tetapi kita umatnya sudah tidak begitu menghiraukannya. ‘Rahsia’ itu diberitahu oleh baginda dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: “Aku (Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku pada-Ku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada-Ku.” (Riwayat Muslim)

    Dalam hadis qudsi ini, Allah memberi isyarat bahawa apa yang difikirkan dan diyakini oleh hamba-Nya, itulah yang Dia akan beri.

    Orang-orang bertakwa tidak perlu belajar tentang ‘The Secret’ atau Law of Attraction, kerana sikap dan keyakinan mereka memang sentiasa positif. Mereka sentiasa berfikir yang positif dan meyakini yang positif. Diuji dengan dugaan hidup yang berat pun, mereka masih positif bahawa Allah akan memberi kebaikan yang banyak kepada mereka melalui ujian itu. Lalu itulah yang mereka dapat iaitu kebaikan dari musibah yang berlaku. Mereka sentiasa bersangka baik dengan Allah, sentiasa yakin adanya hikmah di sebalik setiap ujian-Nya. Maka hikmah itulah yang mereka dapat.

    Fokus orang-orang bertakwa adalah pada memburu redha Allah dan menganggap redha Allah adalah segala-galanya. Mereka berbuat ketaatan dengan mengharap dan meyakini di situ adanya redha Allah. Mereka meninggalkan perkara maksiat dan mungkar dengan mengharap dan meyakini bahawa Allah meredhainya. Redha Allah yang mereka mahukan dan yakini maka redha Allah itulah yang mereka dapat. Apabila Allah redha kepada seseorang, Allah menjadikan seluruh makhluk di langit dan di bumi redha dan kasih kepadanya termasuk makhluk yang dipanggil energi, sel, atom atau apa saja namanya.

    Inilah juga rahsia kenapa Allah melarang umat Islam berputus asa daripada rahmat-Nya. Dengan berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa kesusahan, seseorang itu sudah mewujudkan sangkaan negatif di dalam dirinya. Dia akan dua kali susah. Susah ditimpa dugaan hidup dan susah kerana kesusahan yang menyusul akibat berfikiran negatif. Sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung ternafi hikmah dari musibah yang sepatutnya dia boleh dapat apabila bersangka baik kepada Allah.

    Di sini juga rahsia kemakbulan doa iaitu apabila doa dipohon berserta keyakinan bahawa Allah akan memakbulkannya. Bandingkan dengan doa yang dipohon dalam keadaan lalai atau tidak yakin Allah akan memakbulkannya. Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu…” (Al-Mukmin: 60)

    Dalam The Secret juga disebut tentang konsep syukur dengan kata-kata, “If you are grateful, you will get more.” Bukankah ini ‘rahsia’ umat Islam? Bukankah Allah berfirman yang maksudnya: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Ibrahim: 7)

    Bagi penulis berjiwa Islam, kebolehan menyaring dapatan (input) dari sumber bahan tulisan sangatlah penting. Hati-hati agar kita tidak sekadar menyambung lidah orang-orang yang kufur kepada Allah. Law of Attraction tidak lain hanyalah menimbulkan sangkaan-sangkaan baik dan mengajak kita belajar bersyukur, cuma dalam ‘sains’ itu, ia tidak dikaitkan dengan Allah.
    Apa yang disebut sebagai ‘energi’ dari alam semesta itu tidak dikaitkan secara langsung dengan sumber energi tersebut iaitu Allah. Apa yang disebut sebagai “mendapat lebih apabila bersyukur” itu juga tidak dikaitkan sangat dengan Pemberinya, Allah.

    Tanpa dikaitkan dengan Penciptanya, seseorang itu mungkin secara tidak sedar menganggap yang seolah-olah ‘energi’ itulah Tuhan. Paling tidak, dia tidak akan ‘nampak’ Allah dalam setiap perkara yang dia dapat dengan mengaplikasi Law of Attraction atau ‘The Secret’. Dia hanya nampak adanya ‘energi’ yang membolehkan dia mencapai apa yang dimahukannya melalui kekuatan memfokus dan meyakini. Lalu, di mana Allah?

    Di sini perlunya penulis yang berjiwa Islam memberi halatuju yang lebih jelas kepada apa yang diwarwarkan sebagai ‘The Secret’ atau Law of Attraction. Mungkin dari situ kita akan menemui semula senjata yang tercicir. Law of Attraction wajar dianggap sebagai ‘adaptasi’ dari sistem nilai yang sedia ada di dalam Islam iaitu bersangka baik dan yakin bulat kepada Tuhan. Law of Attraction adalah sunnatullah atau hukum alam yang boleh berlaku kepada sesiapa saja, Islam atau bukan Islam, seperti firman Allah:
    “Dan kamu tidak sekali-kali akan mendapati sunnatullah itu berubah.” (Al-Ahzab: 62)

    Law of Attraction perlu ‘diadaptasi’ semula kepada versi Islamnya untuk menguatkan tauhid umat. Penemuan Law of Attraction itu seharusnya menyedarkan kita dan menjadikan kita bertambah yakin kepada kebenaran Islam.”

    Pembaca boleh link di halaman ini http://diaritugasan.blogspot.com beserta video
    http://zakaria-sungib.blogspot.com/2009/01/secret-dan-kebolehan-menyaring-sumber.html

    Sekian, Terima Kasih

  2.    prof. zaharul on January 25, 2009 9:26 pm      

    Terima kasih Amran kerana berkongsi bahan ini. Bagi saya artikel ini ada kaitan dengan topik ciri-ciri guru yang berkesan dan juga ciri-ciri guru pancaragam yang berjaya. Banyak input yang boleh diperolehi daripada artikel ini.Harap semua pengunjung khususnya pelajar saya yang sedang mengikuti kursus pengurusan pancaragam dapat manfaatkan.

  3.    anafarhana on February 8, 2009 4:13 am      

    Benar itu prof. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.Setelah saya membaca artikel itu hati saya begitu terkesan. Kebesaran Allah itu luas cuma kita makhluknya yang lemah,dan leka atas apa yang berlaku itu ada hikmahnya sebenarnya. Artikel ini juga ada kaitannya dengan ciri guru yang berkesan iaitu bagi saya kesedaran kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri. Di mana janganlah kita sebagai pendidik terlalu riak, leka sehingga lupa ada kuasa Pencipta sekelian alam lebih kuat.Ilmu yang kita ada adalah cetek berbanding Ilmu Allah. Maka sebagai guru berkesan dan ingin berjaya perlu ada muhasabah diri dan keyakinan kepada Allah setelah kita berusaha serta berfikiran positif.Di sini juga dapat saya lihat bahawa untuk menjadi seorang guru cemerlang, berkesan bukan hanya hubungan dengan manusia perlu dijaga tetapi hubungan dengan Allah atau tuhan lebih diutama untuk melahirkan akar umbi kecemerlangan dunia mahu akhirat.

  4.    J. Ervinna on February 16, 2009 4:59 pm      

    Salam sejahtera Prof dan semua pembaca blog ini. Ingin saya berkongsi pendapat mengenai ciri bagi kejayaan. Semua orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam pelbagai bentuk tidak kira kejayaan peribadi, kejayaan organisasi ataupun kejayaan kumpulan. Dalam ruangan ini, saya kaitkan dengan pemilihan ‘Kaizen’ sebagai tema bagi Kemuncak Seni tahun ini yang membawa erti melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan. Ini merupakan faktor penting untuk berjaya.

    Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan apa juga bentuk kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan dikenali sebagai “Triangle of Success”. Istilah ini merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Namun, pengetahuan sahaja adalah tidak memadai untuk berjaya. Bagi saya, pengetahuan bukan sahaja pada sijil dan diploma atau satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata. Pengetahuan sebenar ialah memahami. Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan daripada pemimpin, jurulatih atau ketua merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

    Sehubungan itu, pengetahuan dan kemahiran adalah sama penting. Dengan kata lain, kemahiran berhubung rapat dengan aplikasi. Ringkasnya, kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea terhadap tugasan atau kerja merupakan satu kelebihan dalam kepimpinan dan ini tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran khusus termasuklah keberanian, profesionalisme, kesungguhan dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

    Sementara itu, sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak. Sesiapa sahaja boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan tanggungjawab besar, tetapi kehendak berperanan untuk mendorong dan menggerakkan individu untuk melaksanakan sesutu kerja. Malah, terdapat individu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya kerana memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat.

    Saya juga berpendapat bahawa cabaran paling besar untuk memperoleh kejayaan ialah membuang perasaan cepat berpuas hati dan terlalu yakin. Sungguhpun demikian, kejayaan dan kecemerlangan terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, semangat dan budaya sesebuah organisasi. Pihak yang memberi kesan dan pengaruh dalam menentukan kemajuan, kecemerlangan serta kejayaan tidak lain tidak bukan adalah diri kita sendiri.

  5.    MeldaNan on March 12, 2009 5:17 pm      

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kpa prof semua pembaca ruangan ini….
    Ingin saya berkongsi-kongsi bual bicara dengan semua mengenai 6 ciri guru yang berjaya. Sememangnya bukan mudah untuk berjaya sekiranya ianya tidak diiringi dengan semangat dan azam yang kuat….Pengalaman banyak membantu saya untuk memperbetulkan setiap apa jua kelemahan,kekurangan dan kesilapan pada diri. Bertugas sebagai seorang guru merupakan satu bidang tugas yang amat mulia bagi saya. Bidang ini banyak membantu saya untuk berfikir agar sentiasa maju kehadapan dan terus manggali sebanyak mana ilmu untuk berjaya di masa hadapan..Berbalik pada ciri-ciri tadi, bagi saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya kita mestilah bijak dari segi pengurusan masa,bijak merancang dalam pengajaran dan pembelajaran, mempunyai tingkahlaku (ketrampilan) yang baik kerana guru menjadi contoh dan ikon pada murid serta masyarakat,berpengetahuan yang luas dalam semua bidang, ikhlas dalam memberi ilmu kepada anak didik dan yang paling penting sekali mempunyai disiplin yang tinggi..bagi saya, tanpa keenam-enam ciri itu adalah sukar bagi seseorang guru itu untuk berjaya..Saya harap ciri-ciri ini akan menjadi kunci kejayaan saya di masa akan datang….amin….BUKAN SENANG UNTUK MENJADI SENANG DAN BUKAN SUSAH UNTUK MENJADI SUSAH…DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN..Apa yang penting ialah berusaha kearah yang baik….

  6.    MeldaNan on March 12, 2009 5:19 pm      

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd prof dan semua pembaca ruangan ini…
    Ingin saya berkongsi-kongsi bual bicara dengan semua mengenai 6 ciri guru yang berjaya. Sememangnya bukan mudah untuk berjaya sekiranya ianya tidak diiringi dengan semangat dan azam yang kuat….Pengalaman banyak membantu saya untuk memperbetulkan setiap apa jua kelemahan,kekurangan dan kesilapan pada diri. Bertugas sebagai seorang guru merupakan satu bidang tugas yang amat mulia bagi saya. Bidang ini banyak membantu saya untuk berfikir agar sentiasa maju kehadapan dan terus manggali sebanyak mana ilmu untuk berjaya di masa hadapan..Berbalik pada ciri-ciri tadi, bagi saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya kita mestilah bijak dari segi pengurusan masa,bijak merancang dalam pengajaran dan pembelajaran, mempunyai tingkahlaku (ketrampilan) yang baik kerana guru menjadi contoh dan ikon pada murid serta masyarakat,berpengetahuan yang luas dalam semua bidang, ikhlas dalam memberi ilmu kepada anak didik dan yang paling penting sekali mempunyai disiplin yang tinggi..bagi saya, tanpa keenam-enam ciri itu adalah sukar bagi seseorang guru itu untuk berjaya..Saya harap ciri-ciri ini akan menjadi kunci kejayaan saya di masa akan datang….amin….BUKAN SENANG UNTUK MENJADI SENANG DAN BUKAN SUSAH UNTUK MENJADI SUSAH…DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN..Apa yang penting ialah berusaha kearah yang baik….

  7.    Fizzy Sherani on March 17, 2009 1:26 am      

    Assalammualaikum Prof..
    Prof, ada tips kawalan kelas? Terutama kelas muzik.. Juga kawalan kelas bagi pelajar yang kelas hujung2… Alhamdulillah, selama sy berpratikum dan mengajar, kelas terkawal dengan baik.. Kerana rata2 pelajar di sekolah yang sy pratikum ni nakal dan tidak menghormati guru.. Sy cuba sedaya upaya untuk menyampaikan input pada PnP sy dengan baik agar semua pelajar memahami dan faham apa yang saya ajar.. Cuma, sy mempunyai kesukaran dari segi mengawal kelas terutama subjek lain (Geografi) yang sy ajar di kelas2 hujung…Ada sy merujuk kepada kaunselor sekolah kepada pelajar2 yang bermasalah ini dan cuba menarik minat mereka utk mempelajari subjek yang sy ajar. Tapi, segelintir sahaja yang mendengar. Hendak garang lebih2, takut pula masuk dalam suratkhabar.. Prof or cikgu2 dan rakan2 yang lain boleh beri tunjuk ajar?

  8.    joe on March 20, 2009 3:12 am      

    FZ dear, u know wat..theres no specific method of class control..its depending on how u know n how u tend to use what u already knew..n diffrent skool n kids have diffrent approach u have to take..i guess u already done dat..yes it is painfull to see some of them even ignore u when u r teaching..so Muhasabah diri again..see what went wrong..dont blame the kids..normally kids can only be “with us” about 10 minutes..the rest..its they n their own world..so!!did u ever try to ask them not formally what they like in music?..try dat if u not doing dat..then bring something to ur class..let them see,,or let them try if u r willing to let them..well like prof used to said..its bery subjective n we cant pin point u to which direction to take..just a tip..the rest u n the kids..n ur wits..

  9.    Lau on March 20, 2009 5:00 pm      

    Actually, things aren’t that different in the school I am having my practicum… Although the students here are nevertheless, easy to control and obey instructions. However, there are still a minority of them who always cause problems in class.
    For me, I tried to make the lesson more interesting, as in preparing lots of interesting activities… Sometimes, students do not care about whether they understand the lessons or not, they prefer interesting lessons… Sometimes, you can use competition between groups to encourage them taking part in activities… Students at this age are actually very competitive among themselves…
    There’s this example that I experience myself during practicum. There’s this student in my music class… He’s not that disobedient… But he just seems that he’s not interested in music class…At first I ignored him, trying to figure out what is his problem… Then, I found that, usually when I tried to show new things or let them try out games and instruments, he usually behave well throughout the whole lesson, when it comes to just theory, he will start his nonsense… Plus, he is really “lawyer buruk”… And it’s really irritating… Besides that, I have asked him, why did he choose music since he’s not interested, and the answer he gave was really surprising. He answered that, he did not choose music, but the school forced him into it…
    From that day onwards, I try to ask him questions more often in class, try to engage him in class activities… Besides that, I try to pay more attention to him… When I met him, I try to say hi, smile at him, talk causally… Slowly, I am seeing his improvement in class… He actually started to pay attention and asking questions…
    I have to say that I am really lucky because I “strike” correctly… Maybe in other situation the same method won’t be too useful, but never give up trying… I hope my comment helps…
    Practicum life is never boring… I found myself learning in every event, every day… There’s always things to learn in every event and challenges…
    Good luck to all my friends out there…

  10.    joe on March 20, 2009 11:52 pm      

    Sis Lau, i couldnt agree more with u..u have done well, n very good at observing the pupils..n u tend to have good command of choice to make..dats good..hope u will be a good teacher..one thing to rmember tho..when u with them..try to be like them for once..mingle around..(in a control manner just like u did..then u know)

  11.    prof. zaharul on March 21, 2009 12:19 am      

    Indeed a very good topic of discussion. Thank you fizzy for bringing up this issue and thank you Joe and Lau for your responds. I am very pleased with your attitude and endless effort to develop yourselves into becoming successful music teachers.

    I could not agree more with Joe, there is no one right method to tackle ‘problematic’ students. Similarly, Lau is right – do not make generalization. A successful approach employed in a school may not be that successful when used in another situation or another school. Most of the time you simply have to follow your instinct to tackle problematic students.

    Keep it up girls…

  12.    Fizzy Sherani on March 23, 2009 12:14 am      

    Easier said than done. Some trainees r lucky to get gud schools with gud obedient students. Unlike me, i consider myself unlucky for the students of whom i teach r more or less lack of self discipline. Not that easy to cope with this kinda situation. Now i know how some teachers feel when they encounter this kinda problems with students like these at school. Anyway, well .. let’s c what happens next but i will try my level best to encounter it during the tenure of my practicum here. Thanx and god bless.

  13.    joe on March 23, 2009 2:26 am      

    well..it is then..but u sounded upset..but dont let this things ditter u from being a good teacher..u may not excell this time..but when time comes u will..but for now..its something to learn..n use the learning here in upsi as ur ” extraordinary” keep it up gurl

  14.    Fizzy Sherani on March 23, 2009 9:05 am      

    Thanks bro… I always try hard n hard to be succesful teacher no matter what…:)

  15.    Yumi on April 6, 2009 1:59 pm      

    Sense of humor-
    “A sense of humor helps. Learn to laugh with your students and at yourself. This is best done before and after class, but a little humor in rehearsal helps relieve the tedium of drill and extend student attention-spans. Just be careful not to lose control.”(The band director’s companion by James Middleton, Harry Haines, Gary Garner)
    Betul, sedikit ‘humor’ dalam kelas juga agak penting. Kebanyakan keadaan semasa latihan adalah ‘tension’ dan ‘strict’. Ini dapat membantu pelajar relax dan enjoy semasa latihan. Akan tetapi, janganlah keterlaluan ‘humor’ sehingga dianggap sebagai seorang guruyang tidak bersikap serius.

    Seseorang guru haruslah adil dari segi layanan terhadap semua pelajar haruslah adil. Tiada unsur pilih kasih dan berat sebelah. Jadi, seseorang guru haruslah berhati-hati atas segala keputusan dan teguran yang diberikan kepada pelajar.
    Saya agak tertarik dengan cara Kim Priest untuk mengatasi masalah pelajar yang asyik bercakap semasa latihan.

    Menurut James Middleton, Harry Haines, Gary Garner dalam The Band Director’s Companion,

    “Try to come across a positive. Even turn what may be a negative situation into a positive one. Mr. Jim Priest from Junior High School Director would say to his students: “Bands that are trying to be good stop a lot. They discuss problems, make corrections, and move ahead. Students in good bands don’t talk when they stop-they listen for ideas for improvement. Students in great bands don’t even have to be asked not to talk…I want you to be a great band! After a particularly good rehearsal: “This is a band that’s trying to be good” or “This is a great band today!”

    Ini merupakan satu contoh kata-kata yang baik untuk mengatasi masalah pelajar asyik bercakap semasa latihan. =)

    Seseorang guru juga haruslah berfleksibel dengan apa-apa keadaan.
    Contohnya, jika tiada kibod semasa koir, boleh juga menggunakan telefon bimbit yang mempunyai fungsi kompose yang dapat memberikan pic.

    Konsisten- jika seseorang guru menyatakan hukuman berlari 1 pusingan padang bagi pelajar yang datang lambat, dia haruslah konsisten dalam melaksanakan hukuman tersebut atas semua pelajar yang datang lambat. Pelajar akan mencabar kepimpinan guru jika mereka berfikir bahawa guru tidak bersikap konsisten terhadap semua pelajar.

  16.    yamamoto on April 18, 2009 11:38 pm      

    Banyak komen yang telah diberikan di atas tentang ciri-ciri untuk menjadi guru yang berjaya dan cemerlang. Semua ada kebenarannya. Bagi saya, ambillah ciri-ciri yang baik daripada kesemua pensyarah-pensyarah kita yang hebat ini. Kesemua ciri-ciri ini jika digabung jalinkan, insyallah akan membantu kita menjadi seorang guru yang berjaya dan cemerlang. Belajar secara berguru lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Jikalau belajar secara pembacaan sekali pun, kalau tidak diaplikasikan pun tiada gunanya. Untuk menjadi guru yang berjaya dan cemerlang, kita harus mempunyai sifat ingin terus dan terus belajar dan tidak mudah berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan.

  17.    amir hamzah nordin on June 25, 2009 1:06 am      

    salam sejahtera. Saya terjumpa web ini.bagus juga boleh berbual sambil mendapat info dan meningkat pengetahuan.

    satu perkara yang bagus untuk menjadi guru yang guru yang berjaya selain enam perkara yang diperkatakan oleh PM Zaharul.
    Iaitu guru perlu pandai ‘mengayakan’ keadaan semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
    1. Gaya penceritaan guru.
    2. Gaya cara / kaedah / permudahkan penyampaian
    3. Gaya menarik pelajar bersama .
    Sekian

  18.    joe on July 3, 2009 12:34 pm      

    Assallammualaikum..wb

    apa jua yg ingin diperkatakan oleh cikgu amir hamzah ni ada kbenarannya..tidak kira apa jua kaedah dan teknik..yang penting semua telah dirancang terlebih dahulu..the rest up to u guys out there..be good n stay good..maybe the best is yet to come

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind