Saya ingin buka perbincangan tentang topik ini:

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang jurulatih pancaragam yang berkesan?

Harap mendapat respon daripada anda semua.



27 Comments so far

  1.    Lau on November 21, 2008 9:52 am      

    Hhhhmmm… Rasanya, nak jadi seorang jurulatih pancaragam yang berkesan, banyak cirri-ciri yang perlu ada… Tidak boleh dinafikan pengetahuan dan kemahiran muzikal adalah ciri yang paling penting dalam menjadi seorang jurulatih pancaragam yang berkesan. Pengetahuan dan kemahiran ni termasuklah macam-macam… Hearing yang bagus, peka kepada balance dan blend sesuatu orchestra….

    Di sini, saya ingin memberi cadangan sikit… Mungkin aspect ini tidak dipandang penting… Tetapi mungkin berguna bagi jurulatih pancaragam yang baru kot… Aspek yang saya ingin sebut ialah refleksi. Semester ini saya belajar Reflections dalam subjek minor saya… Banyak yang saya belajar daripada kursus ini. Saya menyedar bahawa refleksi ini bukan sahaja membawa faedah kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran, ia juga membantu guru sentiasa dalam proses “mengupgradekan” diri (professional development)…

    Mungkin sebagai seorang jurulatih pancaragam yang berkesan, seseorang tu perlu dekat dengan pelajar, sentiasa memahami situasi dan dilema yang dihadapi… Namun, rapat tu perlu ada batasannya… Mungkin jika seseorang jurulatih pancaragam itu terlalu rapat sehingga macam kawan, maka pelajar mungkin akan kehilangan rasa hormat…

    Semua ini setakat pandangan sendiri je… Harap maaf kalau ada salah dan silap…

  2.    zaharul on November 21, 2008 10:01 pm      

    Terima kasih Lau. Saya cuba rumuskan pandangan yang diberikan oleh Lau, Antara ciri yang perlu ada pada seorang jurulatih pancaragam yang berjaya ialah:

    - mempunyai pengetahuan muzik yang cukup
    - mempunyai kemahiran muzik yang cukup
    - mempunyai pendengaran dalaman yang baik
    - mempunyai keupayaan membuat refleksi secara jujur dan tepat

    Saya amat tertarik dengan ciri yang berkaitan dengan keupayaan membuat refleksi secara jujur dan tepat. Saya amat percaya dan sentiasa berpegang serta cuba sedaya upaya mempraksiskan amalan ini bukan sahaja sebagai pendidik malahan sebagai seorang individu. Malahan thesis PhD saya (yang sampai sekarang tak siap-siap) berteraskan kepada aspek refleksi dalam amalan seorang penyelidik dalam melakukan sesuatu perubahan demi menyelesaikan sesuatu “permasalahan” pendidikan muzik.

    Dalam amalan Islam, refleksi ada kaitannya dengan amalan seperti tafakur (berfikir) dan muhasabah (mengenal kekuatan dan kelemahan. Dalam Al-Quran berkali Allah ingatkan “Tidakkah kamu berfikir?”

    Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikupas tentang ciri refleksi ini.

    Terima kasih Lau kerana sentiasa mengikuti dan membantu perkembangan blog ini. Harapkan kawan-kawan yang lain akan turut serta memberi pandangan.

  3.    Chegu Fizzy on November 23, 2008 10:41 am      

    Ciri-ciri yang perlu ada pada jurulatih pancaragam adalah beliau perlu ada sifat kesabaran. Mengajar muzik bukannya perkara yang mudah. Tambahan lagi dengan menghadapi pelbagai jenis keupayaan pelajar. Ada yang outstanding, ada yang sederhana, memuaskan dan tidak lupa ada yang lemah. Maka, aspek kesabaran amat penting lebih2 lagi apabila berhadapan dengan kerenah pelajar. Oleh itu, jurulatih perlu menggunakan pelbagai pendekatan agar dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
    Jurulatih juga perlu mengetahui dan mahir dalam mengukur keupayaan pelajar. Apa kelebihan dan kelemahan pelajar. Adakah mereka boleh digilap lagi? Adakah boleh memainkan lagu-lagu yang lebih tinggi tahap daripada biasanya. Selain itu, jurulatih juga perlu mesra, tidak terlalu menekan pelajar. (ada unsur kecindanan). Pelajar tidak akan merasa stress ketika mempelajari sesebuah lagu atau mengadakan latihan formasi.
    Aspek disiplin juga amat penting. Jurulatih sendiri perlu berdisiplin agar pelajar mengikut contohnya. Ketepatan masa, kesungguhan berlatih, serius dan memberi perhatian apabila menjalani sesi latihan amat penting bagi membentuk kualiti disiplin yang baik dan kejayaan di dalam sesebuah pasukan pancaragam tersebut.
    Jurulatih juga perlu berkemahiran yang tinggi, fleksibel, sentiasa mencari penemuan baru, menerokai segala maklumat berkaitan dengan pancaragam dari masa ke masa agar dapat membina pengetahuan dan kreativiti seseorang
    jurulatih tersebut.

  4.    zaharul on November 23, 2008 8:59 pm      

    Terima kasih fizzy kerana berikan pandangan yang baik. Saya cuba rumuskan pandangan fizzy – Antara Ciri Seorang Jurulatih Pancaragam Yang Berkesan ialah:

    - mempunyai sifat kesabaran yang tinggi
    - mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian yang baik tahap potensi & pencapaian pelajar
    - mempunyai kualiti peribadi mesra tapi tegas dengan pelajar
    - mempunyai disiplin diri yang tinggi
    - bersikap flesibel
    - sentiasa berusaha mencari dan menaplikasikan strategi, kaedah dan teknik baru dalam proses P & P
    - Mengamalkan unsur-unsur humor (kecindanan) dalam pengajaran (latihan)

    Terima kasih sekali lagi fizzy.

    Saya harap ada lagi pengujung lain yang akan berikan pandangan supaya dapat saya buat rumusan yang baik tentang topik ini. Mudah-mudahan menjadi satu koleksi pandangan yang berfaedah untuk semua.

  5.    joe batu pahat on November 28, 2008 5:48 pm      

    Boss,
    saya tidak pernah menjadi jurulatih pancaragam, jadi saya tidak tahu bagaimanakah ciri2 yang ” suits” tetapi secara “common sense” seperti lau, fizzi katakan juga Prof, to be a leader in something u wanted to drive, 1st, checks your driving liecense ( GOOD COMMAND OF MUSICAL..SKILSS etc) 2nd, disiplin diri; kita yang melatih, kna jua melatih diri sendiri untuk menjadi lebih baik dari orang2 yang kita latih..3rd. prof selalu ingatkan kami, telinga mesti stereo..able to detect somethings not good for ur ears..(sumbang..something like dat)..4th..do your homework well..

    saya rasa sampai sni dulu..Thanks Prof

  6.    Sharifah Zarina on December 31, 2008 5:46 pm      

    Assalamualaikum … Prof. Madya Zaharul Lailiddin

    Seseorang yang telah dipilih menjadi jurulatih pancaragam perlu merancang atau membuat perancangan yang teliti sebelum memimpin sesebuah pancaragam. Perancangan ini adalah dari segi pemilihan ahli / pemain, pemilihan alat serta berapa banyak alat yang diperlukan dalam sesebuah pancaragam, pemilihan lagu, sesi latihan dan sebagainya. Ini adalah untuk mendapat keberkesanan perjalanan sesebuah pancaragam dan dapat kualiti ton serta imbangan bunyi yang baik. Justeru itu, jurulatih pancaragam perlu mempunyai daya pendengaran yang baik supaya dapat membentuk persembahan yang mempunyai kualiti ton dan imbangan bunyi yang baik.

    Setelah itu, seseorang jurulatih perlulah mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik selain daripada bakat semulajadi. Dengan adanya sifat-sifat seperti ini, apa sahaja yang dilakukan dapat dihasilkan dengan baik dan berkesan. Sebagai contoh, beliau akan berusaha memimpin pancaragamnya hingga mendapat kepuasan pada dirinya dan mendapat kejayaan bagi setiap penyertaan pertandingan ataupun persembahan-persembahan formal atau tak formal.

    Beliau juga perlu mahir dalam muzik, mempunyai sifat kesabaran, mempunyai idea yang kreatif, bersedia untuk memberi bimbingan kepada pelajar kerana bukan semua pelajar tahu atau mahir dalam muzik. Ada juga pelajar yang belum menguasai kemahiran muzik ini. Ada juga pelajar yang mempunyai pelbagai karenah. Di sini, jurulatih tersebut harus mempunyai beberapa pendekatan yang sesuai untuk menangani masalah-masalah yang timbul dan dapat menarik minat pelajar untuk terus kekal menjadi ahli pancaragam.

    Suasana emosi dalam kelas yang kondusif yang biasanya ditimbulkan oleh jurulatih yang mempunyai sifat-sifat seperti bertimbangrasa, peramah, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak pilih kasih. Dengan sifat-sifat dan amalan yang positif ini, pelajar akan lebih suka berdamping rapat dengan jurulatih, sedia menerima ajaran dan nasihatnya dalam suasana kelas yang riang dan gembira. Suasana seperti ini akan meningkatkan proses P & P yang berkesan di dalam kelas.

    Jurulatih yang mempunyai keyakinan diri dan tegas juga semasa P & P akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada pelajarnya. Komitmen dan dedikasi terhadap kerja juga dapat meningkatkan proses P & P.

    Pada pendapat saya, itulah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang jurulatih pancaragam.

  7.    Muzirah Mohamad Yusof on December 31, 2008 5:54 pm      

    Salam Prof…. saya sebenarnya kurang faham mengenai pancaragam. Pengalaman dalam pancaragam pun tidak ada. Tetapi semenjak penubuhan pancaragam UPSI yang dalam proses pembentukan, dapatlah saya memahami sedikit sebanyak tentang pancaragam. Bagi saya ciri-ciri jurulatih pancaragam yang berkesan ialah jurulatih yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam pancaragam dari segi kawad atau formasi serta kemahiran dalam bidang muzik yang tinggi. Tahu tentang cara mengurus dan mentadbir sesebuah pancaragam. Bagi saya, jurulatih yang dapat menanam sikap disiplin dalam diri ahli pancaragam adalah seorang jurulatih yang hebat dan berjaya. Ini kerana disiplinlah yang menentukan keupayaan jurulatih sama ada berjaya membentuk pancaragam yang baik atau pun tidak. Disiplin bagi saya adalah dari sudut latihan, ahli pancaragam dan persembahan. Maksudnya, sentiasa mengingatkan ahli tentang latihan dari segi masa, lagu, dan formasi dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Jurulatih pancaragam juga perlu mengetahui keupayaan dan kebolehan setiap ahli. Jurulatih juga, perlu kreatif agar proses pengajaran tidak membosankan. Jurulatih juga perlu tahu cara berkomunikasi. Maksudnya pandai menarik perhatian, mesra, tegas dan mengambil berat tentang ahli pancaragam. Dan semestinya berwawasan, berdedikasi dan berkaliber. Jurulatih juga perlu bersikap professional dalam berurusan. Dapat membezakan antara waktu mengajar dan di luar waktu mengajar. Jurulatih juga perlu mengikuti perkembangan pencapaian ahli. Ini bagi membentuk kumpulan pancaragam. Pada pendapat saya, jurulatih pancaragam yang berkesan ialah jurulatih yang berjaya membawa kumpulan pancaragamnya menjadi sebuah pancaragam yang hebat, mantap dan berkualiti serta cemerlang, gemilang dan terbilang, hehehe………..

    Ini ajelah pendapat yang tak seberapa…..salah dan silap haraf dimaafkan……

  8.    prof. zaharul on January 1, 2009 12:07 pm      

    Selamat datang Zarin dan Muzirah dan terima kasih atas komen anda. Rumusan yang boleh saya buat berdasarkan pandangan Zarin dan Muzirah tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang jurulatih pancaragam yang cemerlang adalah seperti berikut:

    - mempunyai kemahiran membuat perancangan
    - mempunyai daya pendengaran yang tajam
    - bersifat penyabar
    - kreatif
    - mengamalkan pendekatan P&P yang pelbagai
    - bersifat adil
    - mempunyai keyakinan diri yang tinggi
    - tegas
    - komited dan dedikasi terhadap tugas
    - mempunyai kemahiran mengurus
    - mempunyai kemahiran berkomunikasi secara efektif
    - mesra
    - berwawasan

    Dalam kuliah pengurusan pancaragam, kita akan bincang lebih lanjut tentang topik ini.

  9.    ssjb on January 11, 2009 2:08 am      

    Ciri-ciri jurulatih pancaragam yg baik adalah semua yg telah dinyatakan di atas dan sebagai tambahan you must know what you did and what you will get -learning by error – be a motivator – perfectionist – jangan malas —– masalahnya satu pun takde pada aku sorry Prof mcm mana tu

  10.    Rowena on January 15, 2009 11:33 am      

    Salam Sejahtera…

    Bagi pendapat saya, ciri-ciri seorang jurulatih yang berkesan adalah seorang yang ’organized’, komited, berdisiplin, toleransi, bertanggungjawab dan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai bidang pancaragam serta tahu bagaimana nak ajar dalam bidang tersebut. Seorang jurulatih harus tahu memilih muzik yang sesuai serta mengajar pelajar mengenai latar belakang muzik. Selain itu, memperkembangkan daya komunikasi dengan pelajar serta sentiasa mengambil berat tentang apa yang berlaku di kelas seperti mendengar luahan pelajar agar dapat wujud kerjasama.

  11.    Rowena on January 15, 2009 11:33 am      

    Salam Sejahtera…

    Bagi pendapat saya, ciri-ciri seorang jurulatih yang berkesan adalah seorang yang ’organized’, komited, berdisiplin, toleransi, bertanggungjawab dan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai bidang pancaragam serta tahu bagaimana nak ajar dalam bidang tersebut. Seorang jurulatih harus tahu memilih muzik yang sesuai serta mengajar pelajar mengenai latar belakang muzik. Selain itu, memperkembangkan daya komunikasi dengan pelajar serta sentiasa mengambil berat tentang apa yang berlaku di kelas seperti mendengar luahan pelajar agar dapat wujud kerjasama.

  12.    tajeri on January 15, 2009 3:20 pm      

    assalamualaikum…
    berbincang soal ciri yang perlu ada pada seorang jurulatih pancaragam ini, banyak yang prof huraikan untuk pengetahuan kami semua. thanks prof.

    daripada semua huraian tersebut sedikit sebanyak memberi maklumat kepada saya. satu persoalan yang ingin saya ajukan, iaitu bagaimana seorang jurulatih pancaragam mahu mengatasi sesuatu situasi atau ragam pelajar atau ahli baru di dalam pancaragam. seperti yang telah kita ketahui setiap tahun pasti ada ahli baru untuk pancaragam di sekolah. adakah cukup dengan nilai-nilai atau ciri-ciri yang ada pada jurulatih untuk melatih ahli baru. mungkin ada pendekatan lain yang dapat membantu jurulatih dan pelajar di dalam sesebuah pancaragam.

    jika ingin menjadi seorang guru atau pendidik kita mesti mempunyai pendekatan yang tertentu untuk “tackle” pelajar yang bermasalah. bagi jurulatih pula ada tak pendekatan-pendekatan tertentu yang khusus untuk jurulatih, atau adakah ciri-ciri yang telah di huraikan tersebut sudah mencukupi untuk melatih sebuah pasukan pancaragam?

    sekian terima kasih

  13.    prof. zaharul on January 15, 2009 4:19 pm      

    Terima kasih Rowena di atas komen anda. Pandangan anda yang menarik ialah tentang ciri ‘organised’ yang perlu ada pada seseorang jurulatih pancaragam.

    Kita akan bincang lebih lanjut tentang topik ini dalam kuliah nanti.Begitu juga soalan Tajeri akan saya cuba jawab semasa kuliah nanti. Pandangan Tajeri tentang pendekatan yang berkesan untuk ‘tackle’ pelajar yang bermasalah memang menarik untuk dibincangkan nanti.

    Sementara itu, kepada sesiapa yang ingin memberi pendapat dan komen tambahan amat dialu-alukan.

  14.    Jwzaris on January 15, 2009 8:24 pm      

    Prof, ingin saya memberi sedikit pendapat mengenai ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang jurulatih pancaragam. Bagi saya, ‘keyword’ yang harus ada pada diri seorang jurulatih ialah ‘CARE’ atau PRIHATIN. Seseorang jurulatih harus mempunyai sikap ‘care to teach’ dengan bertanggungjawab terhadap pengajarannya. Sanggup mengajar walaupun diluar waktu mengajar atau tidak mengharapkan bayaran atau balasan. Sanggup berjemur bersama pelajar apabila mengajar kawad dan formasi. ‘Care to learn’ dengan sentiasa mencari bahan, idea baru dan pendekatan baru untuk mengajar anak muridnya. ‘Care to listen’ dengan sanggup mendengar masalah pelajarnya. ‘Care to spend’ sanggup mengeluarkan duit dan perbelanjaan sendiri untuk fotostat dan membeli bahan atau mencari bahan dan skor lagu untuk pelajarnya. ‘Care to see’ melihat dan mengambil berat keadaan sekeliling. ‘Care to say’ sanggup menegur kesilapan pelajar dan tiada pilih kasih dan banyak lagi berkenaan perkataan ‘CARE’ ini. Akhir sekali, tidak harus ada sikap pentingkan diri sendiri…(Don’t care lah!!…) Rasanya jawapan yang Tajeri nak cari pun ada di dalam tulisan saya ni. Mengikut pengalaman saya, pelajar suka jika kita tegas tapi ‘caring’…

  15.    Nik Aida on January 15, 2009 9:02 pm      

    Assalamualaikum…
    Pengurusan sebuah pasukan pancaragam sekolah merupakan tanggungjawab bagi seorang guru muzik. Seorang guru muzik semestinya berkemahiran dalam muzik.Setiap orang pelajar mempunyai potensi diri yang berbeza dan gurulah yang perlu mencorakkannya. Apabila di sekolah kita akan temui pelbagai ragam pelajar dan dari sinilah seorang guru itu mesti bijak mengendalikan murid dan prihatin akan aspek pelajarnya.Ciri-ciri jurulatih yang berkesan juga meliputi pengurusan yang sistematik. Seseorang jurulatih pancaragam harus mempunyai halatuju dalam pengurusan pancaragam sekolahnya. Seorang jurulatih pancaragam juga perlu kuat dan bersedia dalam menghadapi cabaran dan rintangan. Selain daripada itu jurulatih pancaragam juga mestilah kreatif dan sentiasa belajar dari semasa ke semasa untuk memperbaiki mutu persembahan. Apa yang penting bijak mengendalikan pengurusan pancaragam sekolah dan mempunyai sistem organisasi yang mantap.

  16.    Syarinie bt Abdul Rahim on January 16, 2009 3:25 am      

    Assalamualaikum kpd prof. zaharul

    Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk mempelajari pengurusan pancaragam. Sebelum menghadiri kelas peng.pancragam, saya memang tidak tahu apa itu pancaragam yang sebenarnya. Dalam pengetahuan saya, pancaragam adalah sebuah pasukan beruniform yang bermain alat muzik dengan gerakan-gerakan tertentu. Tetapi rupa-rupanya pancaragam terdiri daripada beberapa kategori seperti Trumpet band, Fanfare band, Brass band, Millitary band, Concert band dan banyak lagi dengan nama-nama tertentu. Sesungguhnya ilmu pengurusan pancaragam adalah salah satu elemen penting kepada seorang bakal guru muzik. Walau pun saya tidak pernah menyertai pancaragam di peringkat sekolah, tetapi subjek ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan andai kata saya di tempatkan di sekolah yang mempunyai pancaragam.

    Untuk menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah pancaragam bagi saya seseorang itu haruslah mempunyai sifat kesabaran yang tinggi. Selain itu pemimpin pasukan pancaragam haruslah mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian yang baik tahap potensi & pencapaian pelajar yang di bawah pimpinannya. Pemimpin pancaragam juga harus mempunyai kualiti peribadi mesra tapi tegas dengan pelajar dan menerapkan unsure disiplin diri yang tinggi setiap kali menjalani latihan. Sebagai seorang pemimpin yang baik, seseorang pemimpin pancaragam perlu sentiasa berusaha mencari dan menaplikasikan strategi, kaedah dan teknik baru dalam proses P & P. walaupun aspek ketegasan dan disiplin adalah utama bagi sesebuah pancaragam tetapi tidak salah mengamalkan unsur-unsur humor dalam latihan yang dijalankan.

  17.    prof. zaharul on January 17, 2009 12:47 am      

    Terima kasih Nik Aida dan Syarinie di atas pandangan yang diberi. Antara ciri menarik yang Aida nyatakan ialah prihatin. Manakala ciri yang menarik Syarinie kemukakan ialah unsur humor dalam latihan. Kita bincang minggu depan.

  18.    anafarhana on January 21, 2009 4:01 am      

    Assalamualaikum prof. Melihat kepada komen rakan-rakan saya tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang jurulatih pancaragam memang terlalu banyak dapat kita huraikan.

    Namun pada diri saya dan pandangan saya sifat amanah dalam diri seorang jurulatih juga perlu bagi membantu mencapai sebuah pancaragam yang sistematik.

    Amanah merupakan satu nilai murni ajaran Islam yang berkait rapat dengan ciri-ciri utama kepimpinan. Dalam konteks ini, amanah yang diberikan kepada jurulatih mestilah berpandukan kepada kesedaran bahawa tugas sebagai jurulatih dalam pancaragam adalah amanah yang perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.

    Bagi menjayakan tugas yang dipertanggungjawabkan, maka prasyarat utamanya adalah jurulatih mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas berkenaan. Dengan tersedianya pengetahuan ini, maka ia dapat lebih mengutamakan kepentingan pasukan pancaragam mengatasi kepentingan peribadi. Maka dengan begitu, jurulatih pancaragam dapat mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan dan tenaga kerja. Maka dengan adanya nilai murni amanah dalam diri seorang jurulatih,natijahnya lahirlah sifat positif yang lain seperti sabar dalam menunaikan tanggunjawab dan sebagainya.Sekian sahaja untuk kali ini, terima kasih.

  19.    joe on January 21, 2009 6:28 pm      

    ok..what u f been discussing this..its really matter now dat if u r in dat person shoe..just like me..i f the chance to be the pemimpin for the old band..they f been doing ” ajaran sesat for along time..and its rather hard to adjzt to new enviroment and new leader like me..well i did apply all the suggestion here..u know what..1st things 1st..get their attention and get them to listen to u..humor yes..firm yes..but dont pressure them..i know im under pressure from Datin..she ask alot from me..with those band played i think sem 2 ensemb soundz better..well this is the task i f to take ..i dont regret it..coz i been waiting for this chance..and i take this is aa a challenge to me..the skies the limit..my ‘sabar’?..yeah..still am..coz i still f my fren Prof around to help me..thanks prof..Nana..Loy..

  20.    R. Gayathri on January 23, 2009 11:42 am      

    Sebagai seorang jurulatih, mereka perlu mempunyai sifat kesabaran. Sifat kesabaran yang ada pada seorang jurulatih akan dapat mengubah perangai seseorang pelajar tersebut. Selain daripada itu, jurulatih juga perlu ‘organized’ iaitu tahu apa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu pengajaran. Jurulatih perlu mengenali setiap pelajar di dalam sesebuah band. Selain mengajar semasa sesi latihan, jurulatih juga perlu meluangkan masa untuk berinteraksi dengan pelajar selain daripada waktu latihan. Tambahan lagi, apabila pelajar datang meluahkan masalah mereka kepada jurulatih, dia perlulah merahsiakan perbualan mereka. Ini dapat melahirkan kepercayaan pelajar terhadap jurulatih. Jurulatih perlu memberi sokongan kepada pelajar untuk berjaya. Seseorang jurulatih juga tidak boleh pilih kasih. Jurulatih perlu ‘treat’ setiap pelajar sama dan membuat mereka “follow the same rules”. Jurulatih juga perlu memilih lagu yang bagus dan sesuai. Jurulatih perlu mengajar pelajar tentang cara menghayatinya melalui muzik. Jurulatih perlu berkemahiran yang tinggi, dan kreatif agar dapat menghasilkan sebuah pasukan pancaragam yang bagus.

  21.    prof. zaharul on January 23, 2009 1:02 pm      

    Terima kasih Farhana, Joe & Gayathri di atas tambahan pandangan tentang ciri guru pancaragam yang cemerlang.

    Ini ada artikel yang saya perolehi secara online tentang 6 ciri guru yang berjaya. Pada pandangan saya, ciri-ciri yang sama perlu ada pada seorang guru pancaragam yang berkesan. Sangat baik sebagai panduan dan renungan semua pendidik bagi meningkatkan profesionalisme anda sebagai pendidik.

    Adakah anda mempunyai ke enam-enam ciri ini?

    The most successful teachers share some common characteristics. Here are the top six keys to being a successful teacher. Every teacher can benefit from focusing on these important qualities. Success in teaching, as in most areas of life, depends almost entirely on your attitude and your approach.

    1. Sense of Humor
    A sense of humor can help you become a successful teacher. Your sense of humor can relieve tense classroom situations before they become disruptions. A sense of humor will also make class more enjoyable for your students and possibly make students look forward to attending and paying attention. Most importantly, a sense of humor will allow you to see the joy in life and make you a happier person as you progress through this sometimes stressful career.

    2. A Positive Attitutude
    A positive attitude is a great asset in life. You will be thrown many curve balls in life and especially in the teaching profession. A positive attitude will help you cope with these in the best way. For example, you may find out the first day of school that you are teaching Algebra 2 instead of Algebra 1. This would not be an ideal situation, but a teacher with the right attitude would try to focus on getting through the first day without negatively impacting the students.

    3. High Expectations
    An effective teacher must have high expectations. You should strive to raise the bar for your students. If you expect less effort you will receive less effort. You should work on an attitude that says that you know students can achieve to your level of expectations, thereby giving them a sense of confidence too. This is not to say that you should create unrealistic expectations. However, your expectations will be one of the key factors in helping students learn and achieve.

    4. Consistency
    In order to create a positive learning environment your students should know what to expect from you each day. You need to be consistent. This will create a safe learning environment for the students and they will be more likely to succeed. It is amazing that students can adapt to teachers throughout the day that range from strict to easy. However, they will dislike an environment in which the rules are constantly changing.

    5. Fairness
    Many people confuse fairness and consistency. A consistent teacher is the same person from day to day. A fair teacher treats students equally in the same situation. For example, students complain of unfairness when teachers treat one gender or group of students differently. It would be terribly unfair to go easier on the football players in a class than on the cheerleaders. Students pick up on this so quickly, so be careful of being labelled unfair.

    6. Flexibility
    One of the tenets of teaching should be that everything is in a constant state of change. Interruptions and disruptions are the norm and very few days are ‘typical’. Therefore, a flexible attitude is important not only for your stress level but also for your students who expect you to be in charge and take control of any situation.

    (Artikel ini boleh diperolehi dari alamat berikut:http://712educators.about.com/od/teachingstrategies/tp/sixkeys.htm)

  22.    joe on January 23, 2009 5:46 pm      

    Boss, thank u..from what i c with the band..yes thats does not deter me from doing my best and prove to them dat i can overcome such situation..yeah it take times..but i like wat im doing so be it..after a long time to f this “peluang” i take it as a challenge..
    and i know the gurls can do it and relive the glory of STPM again..thanks again prof for the
    tips..it really helps..

  23.    prof. zaharul on January 24, 2009 1:37 am      

    Joe, i am rather busy till end of March. By April, I should have some free time to visit you and perhaps a session at the school. Hope you could convince your school administrators to have some kind of bengkel or kem muzik. This can be held either in UPSI or in Melaka. Plan.. plan.. come up with some short term and long term plans for the band. Target.. short term and long term target…now is the time to apply theory to practice. Be ready physically, mentally and emotionally. Anything let us know. Keep us inform. We want to make sure the success of your mission.

  24.    joe on January 24, 2009 9:14 am      

    Ok Prof..thank u for the support..much needed this time..Datin already agreed about this..either in melaka or upsi..it can be done..yeah..those 3 elements im ready to take the task..thanks again Prof..

  25.    coursework writing on August 26, 2010 1:47 am      

    Thank you for this great blog information!I’m finding this whole blogging world a great resource for any topic, and really inspirational.

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind