Pertandingan Akhir Wind Orchestra Asrama Penuh akan diadakan pada hari Sabtu ini (20 Jun 2009)

Kumpulan wind orchestra yang berjaya ke pertandingan akhir pada tahun ini ialah seperti berikut:

1) KOLEJ TUNKU KURSHIAH,SEREMBAN
2)SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH,PUTRAJAYA
3)SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK,SEREMBAN
4)SEKOLAH SERI PUTERI,CYBERJAYA
5)SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM,JITRA
6)KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR,KUALA KANGSAR
7)SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN,IPOH
8)SEKOLAH MENENGAH CONVENT AVE MARIA,IPOH

Selamat bertanding……..

Salah satu kursus yang saya kendalikan di UPSI ialah Pengurusan Pancaragam (SMP 4242). Kursus ini bertujuan menyediakan bakal guru muzik untuk mengendalikan pasukan pancaragam sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah menengah.

Saya ingin mencuba pendekatan baru untuk kuliah yang saya kendalikan ini. Selain daripada menjadikan blog ini sebagai salah satu daripada sumber rujukan untuk pelajar yang mengikuti kuliah ini, saya ingin jadikan blog ini sebagai ruang untuk pelajar berinteraksi dengan bekas pelajar yang pernah mengikuti kursus yang sama, guru-guru sekolah dan pensyarah institusi pengajian tinggi tentang topik-topik yang berkaitan dengan pancaragam.

Dengan cara ini pelajar yang mengikuti kursus ini akan lebih terdedah kepada realiti dunia pancaragam melepasi tembok dewan kuliah. Semua yang terlibat dapat berdiskusi dan bertukar pandangan untuk faedah masing-masing.

Oleh itu saya jemput anda semua untuk melibatkan diri di ruang ini. Penglibatan anda amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon

Blog ini dibangunkan untuk tujuan berkongsi informasi dan berita tentang pancaragam bagi yang berminat untuk mengetahui perkembangan dan berita semasa tentang pancaragam khususnya di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis pancaragam seperti pancaragam berkawad, pancaragam symphonic, wind orchestra, big band, jazz band dll.

Antara lain kandungan blog ini adalah tentang aspek pengajaran, pembelajaran, kurikulum, organisasi dan pengurusan pancaragam.

Golongan pendidik muzik dan juga pelajar institusi pengajian tinggi jurusan pendidikan muzik khasnya akan mendapati blog ini berguna sebagai sumber rujukan tambahan dan saluran untuk berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman tentang apa sahaja topik yang berkaitan dengan pancaragam.

Selain daripada membaca penulisan saya dari ruangan kiriman terkini, saya cadangkan anda turut membaca penulisan dari ruangan komen terkini kerana terdapat pandangan dan pendapat dari pelawat blog ini yang terdiri daripada pelajar universiti dan para pendidik muzik di sekolah, institut perguruan dan universiti.

Di samping itu, terdapat pautan blog dan laman web beberapa pancaragam sekolah yang saya rasa amat berfaedah untuk anda meninjau realiti perkembangan aktiviti pancaragam di sekolah.

Komen, pandangan dan pendapat anda amat dialu-alukan.

Selamat datang dan selamat melayari blog ini.

Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon

Wind Orchestra UPSI merupakan ensembel yang dianggotai oleh pelajar yang mengikuti pengajian muzik di Jabatan Muzik, Fakulti Seni & Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dari segi sejarahnya, ensembel ini mula ditubuhkan pada tahun 1998 di bawah pimpinan Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon.

Di samping memberi peluang kepada pelajar bermain dalam ensembel instrumental yang besar dengan genre dan stail muzik yang pelbagai, penubuhan ensembel ini bertujuan untuk memenuhi permintaan untuk persembahan di dalam dan luar kampus.

Setelah seabad semenjak penubuhannya, kualiti persembahan wind orchestra UPSI semakin bertambah mantap dengan bimbingan sekumpulan tenaga pengajar penuh masa. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon, En. Mahayuddin Abdul Rahim, En. Zamros Hashim, En Azharuddin Abdul Shukor yang berpengalaman luas dalam bidang pancaragam samada sebagai jurulatih, pengurus, konsultan mahupun sebagai hakim dalam pertandingan-pertandingan pancaragam di peringkat negeri dan kebangsaan.

Persatuan Pancaragam Malaysia sedang dalam proses pendaftaran. Jawatan Kuasa Penaja telah mengadakan beberapa seri mesyuarat dan perbincangan untuk merealisasikan penubuhan Persatuan pancaragam Malaysia.

Agenda utama sudah tentunya mengusahakan pendaftaran persatuan. Untuk tujuan ini, pihak jawatan kuasa penaja telah menggubal perlembagaan persatuan untuk dihantar bersama borang permohonan pendaftaran kepada pihak Pendaftar Persatuan.

Usaha menubuhkan persatuan ini didokong oleh beberapa individu khasnya dari Johor Corporation, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Yamaha Music Malaysia. Presiden Jawatan Kuasa Penaja ialah Tan Sri Ali, Pengerusi Johor Corporation. Timbalan Presiden ialah Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pelancaran persatuan akan diadakan sempena Pertandingan Wind Orchestra Antara IPT di Johor Bahru pada 2 hingga Disember, 2008. Pertandingan ini merupakan aktiviti sulung persatuan ini.

Dengan adanya persatuan ini diharapkan kegiatan pancaragam di Malaysia akan menyemarakkan lagi kegiatan pancaragam tanahair.

JULUNG KALI DIADAKAN

Satu pertandingan wind orchestra terbuka kepada semua institusi pengajian tinggi Malaysia akan diadakan pada 2 hingga 3 Disember 2008 di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.

Pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Pancaragam Malaysia dengan kerjasama Johor Corporation, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Yamaha Music Malaysia.

Hadiah yang disediakan penganjur agak lumayan. Johan akan menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai sebanyak RM 7000. Naib johan akan menerima piala, sijil dan wang tunai sebanyak RM 5000. Tempat ketiga akan menerima piala, sijil dan wang tunai sebanyak RM 3000.

Pasukan pancaragam di IPT seluruh Malaysia samada swasta atau awam seharusnya merebut peluang pertandingan yang julung kali diadakan ini. Penginapan dan makanan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

14 Comments so far

  1.    GCSE Coursework Help on October 4, 2010 10:22 pm      

    Thank you for sharing this information. The information was very helpful and saved a lot of my time.
    Coursework Help

  2.    shaqree on October 28, 2010 10:14 am      

    assalamualaikum prof, maaf menganggu.. sy cuma nk dptkan sedikit nasihat dan cadangan dr prof mngenai pengajaran muzik d sekolah. baru2 ni sy telah d posting d sabah, sm st micheal penampang. enviromnt sek ok. mmg ade muzik. tp telah lama d tggalkan oleh guru muzik yg telah bertukar. sekarang tugas klas muzik d ajr oleh guru yg bukan opsyen.

    masalah utama ialah, subjek muzik tidak termasuk d dlm pnp cume sebagai rekriasi shja.

    yg kedua, sukar untuk mndptkan peruntukan membeli alat muzik kerana bukan sekolah bantuan kerajaan penuh.

    lg satu, pengetua mencadangakan utk mmbuka kelas muzik utk tingkatan 4, tetapi tiada alat muzik utk menengah atas.

    alat muzik yg ada d sekolah cume kompang, 2 kibod, alat tradisonal muzik sabah ( gong) dan 5 biji trompet yg bru d bli oleh guru yg baru mengajar muzik.

    pada pandngn prof, cmne sy nak buka kelas muzik utk menengah atas dgn keadaan mcm ni???

    harap prof boleh bantu sy,

  3.    College essay on December 18, 2010 3:59 pm      

    I like how you get your visitors to speak their mind. Some of these remarks really make you think about this Marching Band.

  4.    Emily Tiong Ing Ding on March 22, 2011 9:33 am      

    Hello prof,

    Good to get news from you again. Long time didn’t contact and hope all the best from Sarawak.

    I like the blog for Pancaragam. Hope you will always keep it up.

    Thank you!

  5.    Watch Online Movies on March 24, 2011 12:31 am      

    really nice to get this info :)

  6.    student loan on June 9, 2011 1:49 pm      

    That is so amazing orchestra..

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image